Sunday, 18 December 2011

ya Allah! 'berangkat' ke obsesi?? alamak!

...termenung ku sendiri.....

bismillahirrahmanirrahim

assalamualakium w.b.t

hari ini..err...kali ini..err...apa-apa saja yang inilah ya. Saya nak kongsikan sesuatu yang agak dahsyat. Dahsyat!? Subhanallah! Wow! Ha, seperti yang telah anda baca tajuk post di atas ini memang isunya cukup popular. Kalah artis-artis barat yang kini menjadi kegilaan ramai. Fuh! Nak tahu apa sebenarnya yang saya ingin kupaskan di sini? Meh kita main gali-gali tentang isu ini. 1,2,3 galiiiii!!!!!

Remaja adalah 'hartawan' emosi. (ingat ya, bukan duit). Justeru, remaja suka andai perasaan dan jiwanya dibelai seseorang yang selama ini diidolakan. (o'ow..) Gejala 'angkat-mengangkat' merupakan salah satu sindrom di sekolah mutakhir ini, khususnya sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar berjantina tunggal. (yeah! kalau pelajar yang berlainan jantina pun ada, apatah lagi jantina yang sama).

Pelajar sedia maklum bahawa budaya 'angkat-mengangkat' adalah suatu kesalahan dari sudut peraturan sekolah. (ha? ya Allah baru ku tahu itu adalah kesalahan. Rasa menyesal pula dah melanggar peraturan sekolah. hmm.. ) Ini kerana kesan yang mungkin timbul daripada budaya ini lebih dominan negatifnya berbanding positif. ( oh, patutlah.. saya pun dah nampak kesannya). Sebahagian pelajar mungkin mengambil pelajar cemerlang sebagai kakak atau abang angkat dengan alasan untuk mendapatkan bimbingan dalam pelajaran sehingga cemerlang bersama. (Kalau yang berangkat berlainan jantina, betul ke?) Atau, barangkali dengan angkat-mengangkat ini, pelajar akan menguasai dan memantapkan Bahasa Melayu kerana lazimnya berkajang-kajang surat ditulis bagi melahirkan perasaan.( Aduh! Rasa macam terpukul pula.) Namun, sejauh manakah alasan ini terbukti terpakai? ( hmm.. nak kena gali dalam lagi ni. Gali,gali,gali,gali..jangan tak gali!)

Hakikatnya, gejala ini lebih banyak membuatkan pelajar dihanyut perasaan masing-masing. Buktinya, pelajar akan cenderung untuk menyukai dengan keterlaluan, atau dalam erti kata yang lain OBSESI. (Oh, No! Don't don't don't. Dangerous!) Umpamanya, jika dia melihat adik angkat atau kakak angkatnya bermesra dengan teman-teman yang lain, akan timbul perasaan cemburu keterlaluan sehingga menyebabkan fikirannya tidak dapat lagi difokuskan terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. (Ya Allah, ruginya.) Jika berterusan begini, bagaimana dengan masa depan? (Habislah...)

Seringnya seseorang yang obsesi dalam meminati seseorang akan menggantungkan cita-cita 'sempurna' terhadap idolanya di langit impian. Malangnya, tanpa disedari, cita-cita yang dianyam terlalu tinggi untuk digapai oleh manusia. Apabila berlaku sesuatu yang menyalahi hasratnya kelak, maka jadilah dia patah hati dan dirundung pilu berhari-hari.( Ish,ish,ish.. cuba dengar lagu ini....)


Yang nyata, hubungan angkat bukanlah suatu kesalahan. ( dari segi pandangan Islam) Yang menjadi kesalahan adalah cara ia dijalinkan apabila tidak menepati kehendak agama. Islam adalah agama yang menekankan sikap bersederhana dalam semua perkara termasuklah ibadat. Ini bermakna, sikap obsesi adalah dilarang sama sekali kerana kesannya boleh memakan diri. ( Ha, ingat ya!)

Justeru, hubungan angkat yang diredai Allah adalah hubugan yang mampu menjadikan seseorang baik dalam beramal kerana menyedari dunia adalah sebagai ladang bercucuk tanam untuk kemudian menuai hasilnya di akhirat. Wallahua'lam.... ( ^_^)

qalilul kalam:

Sayidina Ali pernah mengingatkan kita dengan berkata: "Cintailah orang yang engkau cintai sekadarnya, boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang engkau benci. Bencilah orang yang engkau benci sekadarnya, boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang engkau cintai,"

~ Eh, eh, eh... tunggu sekejap! Jangan off dulu ya, ada orang pesan ni, kalau dah gali-gali jangan lupa tunjukkan hasilnya ya! terima kasih kerana sudi menggali bersama! ^_^

syukran alaikum wa assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment