Ya Allah... nak gerhanalah...... padanlah gelaap je air ni.... kena zikir banyak2.. subhanallah... |
bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t
Ok. Kali ini saya ingin mengupas tentang bulan.. Oh, bulan... Ehem,ehem! ok. Bulan ni subhanallah.. memang indah ciptaan Allah ni. Saya rasa, manusia mahupun makhluk tak mampu nak cipta sebegini rupa. Bukan rasa lagi dah. Memang tak mampu. Subhanallah.. Kuasa Kekasih Maha Agung.. Allah is the Best! Esok di tentukan akan berlakunya gerhana bulan. Ha, ni dia. Bolehlah saat-saat ini manusia ambil kesempatan untuk berfikir tentang kuasa Allah.
Firman Allah dalam ayat 38 – 40 surah Yaasiin; maksudnya: Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing
Dalam post ini, saya nak jugalah ambil kesempatan untuk share tentang solat gerhana bulan ni. Meh, jom kita tengok cara-caranya...Zoooommm....
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut:
Rakaat pertama
- Niat solat Gerhana, Takbir
- Baca Surah Al-Fatihah dan surah
- Rukuk
- I’tidal
- Baca Al-Fatihah dan surah
- Rukuk.
- I’tidal.
- Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
- Niat solat Gerhana, Takbir.
- Baca Al-Fatihah dan surah.
- Rukuk.
- I’tidal,
- Baca Al-Fatihah dan surah.
- Rukuk.
- I’tidal.
- Sujud
- Tahiyyat Akhir
- Salam
maaf andai ade kekurangan.
syukran alaikum wa assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment