Sunday 23 December 2012

Membarah Rindu


bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. hati bersyukur kearana dikurniakan sebuah perasaan yang tidak tahu bila datangnya. Gemar muncul secara tiba-tiba.. Ana percaya semua orang pernah merasai perasaan ini..

RINDU


Kan2?? Rasanya tak normal seseorang itu tidak mempunyai perasaan ini. hehe..

*Peliklah kenapa nadiah ni, update post yang begini pula!

Maaf, ana sedang merindui ukhwah yang telah terjalin di sekolah ana dahulu.. Macam-macam yang terjadi.. Dari ana form 1 hinggalah form 5..

MasyaAllah..~

Buat ukhti-ukhti di waddin dan juga bagi sesiapa yang mengenali ana.. (sebab ada akhawat yang telah berpindah sekolah) seperti ukhti nurhafizah musa, ukhti ameera rudzhan,,, ada lagu khas buat antunna semua... Warkah Cinta.. lagu ini ana jadikan sebagai pelepasan rindu ana pada mereka...

Warkah Cinta..

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir ter-
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar

Sekalipun diriku terbuang dimata insan
Engkau Maha mengerti letaknya cintaku ini


Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

[Selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan]


Sungguh rindu!!!

Syukranalaikum wa assalamualaikum ^_^

Saturday 22 December 2012

Nah, cinta untuk awak..


bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. bertemu kita kembali.. ^_^ antum semua macam mana? Sihat hari ini? Macam mana dengan iman di hati hari ini? Sihat ke sakit? Ha! Sakit? MasyaAllah! Cepat,cepat,cepat!! Pergi bersiap-siap jumpa doktor cinta! Ini boleh masuk tahap bahaya!!! Ambulanceku!! cepat perlu ku ambil!! Ya Allah.. jangan jauh dengan diriku... 
-hehe.. ada-ada saja nadiah ini ya..
Ana ni kalau dah start menulis, haih~ mesti intronya, apa khabar? apa khabar? haha.. Tiada soalan lain.. hehe.. bukan apa, saja nak ambil berat tentang pembaca.. Ceewah, macam boleh tahu je,, hihi..  

Oklah, apa sebenarnya ya nadiah nak kata? Ha, hari ini ana nak kongsikan tentang sebuah kisah cinta.. Jeng-jeng-jeng... haha.. nampak bunga dekat atas tu? Ha, itulah warkah cinta ana buat pembaca.. Kisah cinta ini termaktubnya sebuah pengorbanan yang sangat besar tidak terhingga. Sungguh! MasyaAllah! Ana sendiri nak tafsirkan tak tahu macam mana.. Yang pasti, ana berharap sangat antum semua tahu, islam itu indah sangat-sangat belakanya, syadidan jiddan! ha, Subhanallah~

Baiklah, ana tak nak terlalu bebel lama sangat, nanti antum semua tak dapat pula nak membaca kisah ini.. Silalah.. ana hadiahkan buat antum..

Beliau ialah lelaki soleh yang sangat dicintai oleh nabi s.a.w dan para sahabat lainnya. Dia benar-benar seorang yang masak dalam ilmu memberi, lantas bisa dilihat kezuhudannya pada harta milikinya hanya sedikit sahaja ditinggalkan buat bekalan hidupnya yang masih tersisa. Ideanya juga telah memenangkan tentera Islam di peperangan Khandaq. Dialah SALMAN AL-FARISI. 

di saat dia merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama. Dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para pria di Kota Madinah. Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi... penuh warna dan cinta.


Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.



“Subhanallah... alhamdulillah” terpancut kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.



Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.



“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya” berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.



“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang utama. Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.



“silakan tuan...” balas Abu Darda’.



Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.



“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan”



“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua.. sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.



Subhanallah... jelaslah wanita solehah itu hanya memilih Abu Darda’ sebagai pasangan hidupnya berbanding hajat asal datang daripada Salman al-Farisi. Bayangkan andai kita berada di posisi Salman al-Farisi, mungkin kita telah menyalahkan diri kerana telah tersilap membawa pendamping, teman bicara. Namun lain pula jawapan Salman al-Farisi;



“Allahu Akbar... Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap ruh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.



“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.



Itulah jawapannya... reaksinya telah melukiskan dia ialah seorang pencinta sejati... sejatinya dia bukan kerana dia sahabat nabi s.a.w yang utama tetapi rahmat kasih sayang Ilahi menemani sekeping hati kecil miliknya untuk terus MEMBERI.



Salman al-Farisi benar-benar mengajar kita sebagai seorang hamba kepada satu Tuhan yang berhak disembah tentang keutamaan dalam memberi, tidak menagih simpati untuk menerima. Dia hanya tahu satu pekerjaan besar lagi mulia sahaja, iaitu MEMBERI. Memberi tidak bererti mengurangi apa yang ada, tapi bersyukur dengan apa yang dimilki... tidak haloba dengan apa yang tiada.

qalilulkalam:
- Begitulah kisahnya..
Sebenarnya kisah cinta seorang sahabat kepada sahabatnya. Adakah kita mampu menjadi seperti itu? Oh, tidak agaknya.

Seorang pencinta sejati tidak pernah mengerti kata kerja MENERIMA, dia hanya kenal kata kerja MEMBERI. Baginya cinta itu ialah memberi, mendahulukan orang lain dan membelakangi hak sendiri. Memberi apa sahaja agar cinta tulus mulus dapat dirasai oleh insan dicintai, kerana dia tahu di sebalik dia tidak menagih cintanya tapi ianya akan tetap hadir di penghujung babak-babak ikhlas memberi tadi.

Syukranalaikum wa assalamualaikum.. ^_^

Tuesday 11 December 2012

Seiring Sehaluan ^_^

indah sebenarnya bila bersahabat... betul tak? ^_^
bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. ^_^ Allah memberi kepada kita semua nikmat yang luar biasa. Apanya yang luar biasa tu? Ha, ungkapan *dialah sahabat saya* itu yang membuatkan manusia berasa gembira apabila mendapat kenalan. Seperti mana juga ana dengan sahabat-sahabat ana.. dan antum dengan sahabat-sahabat antum.. rasa gembira bila sahabat antum berkata sebegitu, kan kan kan? Alhamdulillah.. Semoga ana dan antum semua dapat menjadi sahabat yang terbaik buat sahabat-sahabat yang lain. insyaAllah.. 

Eh, terlupa pula ana.. ana ada letakkan sebuah lagu di laman blog ini, khas buat antum dan sahabat-sahabat ana yang sudi mendengar. Sebagai penghargaan..terimalah...............
 
Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita

Berpesan mengingati
Dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Demi satu kejayaan
Perlu pengorbanan
Keazaman juga ketabahan

Inilah kehidupan menuntut kesungguhan
Tak semudah indahnya khayalan
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

qalilulkalam:
~ Indahnya Islam ini apabila dia menyuruh kita menjaga ukhwah.. sebab ada hikmah dan nikmat disebaliknya yang tersembunyi tanpa kita sedari ataupun tidak.. 

syukranalaikum wa assalamualaikum.. ^_^

Monday 10 December 2012

berjuang bt kali yg terakhir..
bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah... akhirnye terlepas juge dari kepompong 'stress' SPM.. hee~ dan terpisahlah segala gelaran yang terlakar di sekolahku syurgaku.. (SMA Al Quran Waddin)

   ............Oooohhh...patutlah nadiah dah lama tak update laman blog. Candidate SPM rupanya.................

Ha'a..begitulah nampaknya. Sekarang dah lepas, jadi, ambillah kesempatan untuk main conteng-conteng dekat laman blog ini. Ha, sebelum nak membebel panjang berjela, hehe.. nak tanya, iman di hati antum semua apa khabar? Semakin yanqus? atau semakin yazid? hmm.. harap-harap yazid  ya.. ^_^ insyaAllah..

hmm... sebenarnya tak tahulah nak start dari mana. hehe.. banyak sangat jalan ceritanya.. hm. tak apalah. tulis ajalah.. ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

...tiktoktiktok.. (menunggu waktu peperiksaan berakhir).... tiba-tiba..
-baiklah waktu peperiksaan telahpun tamat. Anda semua diminta meletakkan pensel. Sila semak segala jawapan anda supaya semuanya telah diisi. Dan kertas akan dikutip sekarang-

MasyaAllah.. dah nak merdeka ke ni? Dalam hati bertanya-tanya.. Bukan dah nak, memang dah merdeka pun.Hatiku bersahut-sahutan..Ya Allah betul ke ni? Macam tak percaya. Baru kali ni saya merasai yang saya ini sudah pun Form 5.. Barangkali, perasaan inilah yang dirasai oleh kakak-kakak senior dahulukan? MasyaAllah..

Lepas saja keluar dari dewan peperiksaan, terus terfikir, 'jangan lupa ambil sijil berhenti sekolah'. Bukan apa. biar senang kalau dah ambil awal-awal. Betul tak? Hee~

Kemudian, urusan pemulangan buku teks pula. Naik dorm cepat-cepat dan terus kumpulkan buku dan kira. Alhamudlillah. Cukup. Terus bawa buku-buku tu dan pulangkannya di bilik SPBT. Sewaktu dalam perjalanan nak ke bilik SPBT tu, hehehe.. macam-macam gelagat ada bila dah habis exam. Ya Allah.. meleret je senyuman nadiah masa tu.

Pusing kanan, ada yang tengah diri macam anak patung. Oic, hang buat apa tu? *tak adalah tanya. Cuma cakap dalam hati ja.* Hahah,.. Rupanya, kawan-kawan tengah nak duk menconteng kat baju sekolah dia. Al-maklumlahkan.. dah habis sekolah. Jadi, corat-coretkanlah segalanya yang bakal menjadi memori terindah di alam persekolahan.

Pusing kiri pula.. "Korang bye-bye! kita nak balik dah ni. Jumpa kat MJ!!! Ada juga yang.. "Oklah, mak aku dah sampaila. Goodbye ea kawan. Lepas ni dah tak leh nak jumpa lagi dah." Disalamnya, dipeluknya sahabatnya itu. MasyaAllah sedih pula bila melihatnya.

Pandang depan.. "woi!! jangan buli akulah! Aku tahula last sekolah.." wowowowo.. wait2... hehe.. jangan salah faham.. ni bukan kes buli yang selalu antum semua dengar. Ni kes buli main kene-mengenakan orang ja,, hehe.. Biasalah tu.. last day katanya..

Bila pandang belakang pula, "cepatlah sini! Amik gambar, amik gambar" Sambil dipegangnya kamera BESOR *henset saja sebenarnya* hehehe.. Snap sana, snap sini, snap begitu, snap begini.. dalam macam-macam gaya lagilah.

Setelah selesai saja urusan pemulangan buku, nak balik dorm untuk kemas barang pula. Tengah sibuk mengemas barang-barang yang banyak macam lautan ni, tiba-tiba.. "Opie! kenapa ni?" tanya kawan saya Asiah Hani yang dah nak pulang ke rumah. "Dia demamlah. Cuba rasa kat dahi dia. Panas.."kata kawan saya, Hidayati. "Ha'alah.. panasnya." kata Asiah Hani lalu menyalam Opie. Saya pun terkejut juga. Penangan 'stress SPM' punya fasal sampai demam jadinya. Tapi, alhamdulillah.. nasib baik dia sakit selepas exam. Kalau ketika exam apa tak lemah dia? Alhamdulillah.. Allah memang Maha Memahamikan? Saya pun teruskan mengemas barang-barang yang agak berselerak tadi.

Setelah siap semuanya, solat pun dah. Jadi, tinggal angkut barang untuk di bawa turun ke bawah dan pulang ke rumah. Bersalaman dengan kawan-kawan.. sebak pula rasanya. Tapi tidaklah sampai mengalir air mata sebab nanti jumpa lagi di Maahad Johor. InsyaAllah jika dipanjangkan umur.

 

Termenung di luar jendela,
melihat kebesaranNya...
--------------
Hmm.. Tula.. sepanjang perjalanan pulang ke rumah, asyik termenung saja dekat dalam kereta. Tak sangka, saya akan menempuhi sebuah alam baru yang penuh dengan cabaran. Semestinya memerlukan banyak berdikari. Ya Allah, kuatkanlah imanku sentiasa. Tanpa mengira waktu dan tempat. Sekali-sekala teringat juga kerenah-kerenah kawan, usikan-usikan yang hanya tinggal kenangan dan segalanya. Bersyukur juga ada gambar yang boleh ditatap saat dalam kerinduan.....................











Dan... banyak lagi..
Terlalu banyak gambar.. tak mampu nak upload kesemuanya.. Tak apalah yang penting persahabatan sentiasa berada dalam keredhaan Allah.. insyaAllah.. *tadah tangan semua* Amiinn..~

Baiklah.. ini adalah salah satu post yang khas untuk saya paparkan buat pembaca... khususnya buat teman-teman seperjuangan sebab entah dapat ke tidak saya berjumpa dengan mereka lagi selepas ini...

jadi, Saya endingkan kalam-kalam saya dengan ucapan:
ingatlah, ukhuwah itu sentiasa mengalir ibarat air sungai yang mengalir tiada hentinya..

Akhirul kalam dari saya..
Syukran alaikum wa assalamualaikum.. ^_^

Friday 20 July 2012

Sabar... Sabar... Sabar...



bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah... Allah masih mengurniakan nikmat kepada kita. Masih dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini.

Add caption

hmm... Setiap kali bertemu dengan bulan Ramadhan mesti ada cabaran-cabaran yang bakal kita tempuhi.
Nak tahu tak cabaran pertama saya di bulan Ramdhan pada tahun ini? (Baru saja solat terawih, belum puasa lagi, dah ada cabaran). MasyaAllah.. sudah jelas Allah sayangkan saya sebab nak suruh saya belajar untuk bersabar. SENYUUUMMM


Haaa... comel,comel,comel.. comel belaka.. hehehe

Alkisah si anak gadis.....ye..
Dia pergi solat terawih di masjid yang berdekatan dengan rumahnya. Alhamdulillah.. penuh orang di masjid. ramaaaaiii... Sesak sedikitlah. (tapi, selepas 8 rakaat dah kuranglah). Excited nak sambut Ramadhan! Namun, ketika sedang solat sunat tarawih, macam-macam yang berlaku. Antaranya, rasa macam nak kentut, tetapi tidaklah kentut.. kedua, asyik tersilap niat saja, hee maklum sudah sekian lama tidak menunaikan solat sunat tarawih.. ketiga, terlelap secara tak sengaja semasa wirid dan keempat,kasut basah sebab hujan (kembang kaki saya bila memakainya)

MasyaAllah... apa yang mampu dilakukan.....? 
Sabar... Kan Allah suruh belajar bersabar.. Lagipun Allah suka bersama mereka yang bersabar.
Kan,kan,kan???

Cuba baca cerita ini.. seronoookk....



seronok tak???
seronok kan? Gadis itu tak ada marah-marah pun. Cuba perkara itu berlaku pada diri kita. Mesti kita dah seperti ini...

qalilul kalam:
`Kalau anda tidak mahu untuk marah-marah, saya ada tips...
 Cuba buat muka marah di cermin dan lihat sendiri wajah anda. Haha! Apa akan terjadi dengan reaksi hati anda? Dan bayang sekali apakah pandangan serta persepsi orang lain terhadap anda ketika anda sedang marah.

Cubalah.. dan fikirkanlah.. ^_^

Buktikan bahawa anda seorang yang penyabar!

syukranalaikum wa assalamualaikum ^_~

Saturday 2 June 2012

Kisah Saudara Baru (Loo Jo Yee)

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. dapat juga berkesempatan untuk melakar di papan blog ini. Biarpun hari semakin suntuk dengan  amanah, namun dakwah perlu dilaksanakan jua when we being as a muslim.. ^_^

Hmm.. bila dah pandang tajuk, mestilah tertanya-tanya, siapakah Loo Jo Yee itu?

Ha, inilah yang hendak dikongsikan pada entry kali ini.. Sebenarnya, saya dapat tahu kisah beliau melalui saluran media yang terkenal dan tidak asing lagi iaitu Institut Kemajuan Islam Malaysia. Bak kata anak kecil yang comel lote dalam radio ini, "dengarlah, I.K.I.M. dot FM Pilihan Utama Anda!" Haha.. Siap hafal lagi..

Oklah, tak nak celoteh panjang-panjang, apa kata, kita lihat, dengar dan hayati dahulu kisah beliau.. Menarik sangat-sangat.. Jom kita saksikan!! Zooooooooooooooommmmmmmmmmm...


Ha.. amacam? Hebatkan?
Emm.. jadi kita ni as a muslim yang dah memang truely muslim yang dah lahir semamngnya fitrah muslim, kenapa masih mahu mengejar kelalaian dan mengambil endah tentang saudara yang lain? Eventhough they are new or not.. Renungilah dan muhasabahlah.. hmm..

qalilul kalam:
~ Terfikir dengan diri ini yang selalu ada kekhilafan. Memanglah manusia itu tak boleh lepas dengan khilaf, tapi, kita kenalah sentiasa memperbaharui iman kita, supaya Allah boleh sentiasa sayang dekat kita.

~ MasyaAllah.. untungnya kalau diri ini..Allah sayang..

Apalagi kawan-kawan!! Jomlah kita rebut cinta dan kasih sayang Allah!! Bila lagi?? Jom! Jangan lepaskan peluang anda!!

Ha! Lagi satu, don't forget to bimbing saudara-ssaudara kita yang masih memerlukan bimbingan. Cuba bayangkan seandainya diri kita di tempat mereka.. hmm... Ha, so, diingatkan lagi sekali buat diri antum dan diri ini, don't forget about this!!! 

Ok!

syukranalaikum wa assalamualaikum ^_^

Tuesday 29 May 2012

KERINDUAN



bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

MasyaAllah.. Hebatnya rasa di hati ini...
Subhanallah.. Mungkin ini rasanya yang harus ku rasai..
Alhamdulillah... Mungkin inilah kemanisan yang sekian lama ku menanti..
Allahuakbar.. Harap diriku ini mampu mengharungi..
    Kerinduan yang telah lama kupendamkan ini..



Bila tatap sahaja skrin gambar solehah di atas ini, mesti teringat pada seorang sahabat.
Bila renung saja pada raut wajah gambar di atas ini (meskipun hanya kartun).. pasti ku akan teringat jua pada si dia sahabatku..
Entah bius rindu apa yang telah menusuk di kalbu..

(Kenapa ayat kali ini jiwang-jiwang ya?)

Serius! Kali ini memang benar-benar rindu pada seorang sahabat...

Asalnya, tidaklah mahu untuk menulis entry tentang kerinduan pada si gadis ini. Tapi, lantaran terlalu rindu, sehinggakan menatap papan skrin komputer saja pasti teringat. Ini yang membuatkan hati, tangan dan segala pancaindera yang sewaktu dengannya hendak melakar sesuatu tentang si dia sahabatku.

Hmmm.....

Rindu, rindu rindu...
Rindu, rindu dan rindu...
Ya Allah.. 
Makin mekar di hati ini,, kerinduan yang makin mendalam..

Haisy~ Tak pernah rinduku pada sahabat sehingga begini sekali. Sungguh! Ini seperti ada sesuatu keajaiban gitu kerinduannya.. MasyaAllah... Sehingga air mata hendak menitis..

Jauh di sudut hati, hendak saja ku jerit namanya sekuat hati. Hendak saja ku tulis namanya di skrin ini besar sekali.. Aduhh~ Rindunya dekat 

                    ALIA SOLIHIN BINTI AHMAD !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Isk,isk isk..... Alia, salam rindu Nadiah buatmu sahabatku.. Teguhkan perjuanganmu di sana. Jika dapat berjumpa, inginku pahat dan lekat di lautan memori hati... Doakan Nadiah di sini.. Kekalkan imanmu buat si Dia yang sentiasa kita cintai.. Semoga kekentalanmu terus tersingkap dengan lembaran kejayaanmu. InsyaAllah.. Seandainya tidak dapat berjumpa di sini.. Diharap dapat berjumpa di SYURGA SANA YANG ABADI.. insyaAllah..


Saturday 19 May 2012

D.U.I.T

Hei! Duit! Duit! Bak sini duit!!! Hahahaha...
bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

Alhamudlillah.. rasanya dah lama sungguh tidak memanahkan mata di hadapan papan skrin ini. Agaknya apa khabarlah ya karya-karya dalam blog ni. hmmm... klik, klik,klik, punya kllik.. alhamdulillah.. semua baik-baik belaka... heee..  ha, tidak lupa juga buat antum semua... salam perkhabaran dan salam kasih iman.. Apa khabar iman di hati? Yazid ke yanqus (bertambah ke berkurang)? Harap-harap semakin yazid lah ya.. InsyaAllah..

Hmm.... muhasabah,muhasabah dan muhasabah... dah tua rupanuya nadiah ni.. heheh.. tidak ku sangka diriku ini telahpun berusia 17 tahun. Tapi, rasanya seperti baru berusia 16 tahun.. heheh.. konon perasan mudalah ni..
Semakin hari semakin banyak pula perkara yang perlu dilakukan... Fuh! Lebih-lebih lagi tahun ni nak kena ambil Sijil Penentu Masadepan.. (SPM) Harap-harap kejayaan yang diidamkan dapat dikecapi.. insyaAllah.. para pembaca semua doakanlah saya hadapi perjuangan ini ya! Harap doanya.. ^_^ -Terima kasih...

Ha, cerita punya cerita fasal Sijil Penentu Masadepan ini kan, amatlah sesuai untuk dikaitkan dengan tajuk kita pada hari ini... -Eh, apa kaitannya dengan D.U.I.T?- Yeah! Timbul persoalannya di situ.

Mengimbau kembali kenangan silam bersama cikgu-cikgu di sekolah rendah saya (SRIP).. ceeewah!.. heheh, mereka selalu ingatkan pelajar-pelajarnya untuk berDUIT setiap kali periksa.. -Ish! tak fahamlah saya..Cuba terangkan apa itu DUIT?- Persoalan demi persoalan timbul....

Ya! Kalau antum semua nak tahu, sebenarnya D.U.I.T ini tidaklah hanya berupa material sahaja seperti wang yang selalu antum semua lihat. Tetapi, D.U.I.T ini juga terdapat dalam berntuk rahsia rohani kita.. -Subhanallah!!Macam mana tu?- Ha, begini ceritanya~

D- Doa
U- Usaha
I- Istiqamah
T- Tawakal  

Ha, itulah sebenarnya yang dimaksudkan....
Cikgu saya kata, jika anak-anak semua amalkan D.U.I.T insyaAllah boleh berjaya!
Jadi, kalau nak berjaya, silalah mencuba ya! Nanti lihatlah hasilnya! 

qalilul kalam:
~ Selamat mencuba tips di atas ya! ^_^

syukranalaikum wa assalamualaikum.. ^_^

Thursday 15 March 2012

Ke mana kau pergi?


bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

Hari ini hari Khamis. Bak kata orang zaman sekarang,T to the H to the U to the R to the S to the D to the A to the Y. DI gabungkan jadilah hari.... hekhem! Sebenarnya, hari ini adalah hari yang membuatkan perasaan saya bercampur-baur. Tak tahulah nak digambarkan macam mana. Yang pasti Allah sajalah yang tahu.

Tapi, walau bagaimanapun, saya nak kongsikan beberapa kisah dalam post saya kali ini. Saya tak pastilah apa perasaan anda jika anda membacanya. Yang penting ada iktibar dan manfaat buat pembaca di luar sana.

Kisahnya bermula begini...
   Suatu hari, Tuan Pengetua di Sekolah Menengah Agama Taman Islami mengumumkan bahawa cuti penggal pertama nanti akan diadakan kelas tambahan bagi pelajar tingkatan 3 dan 5 serta kehadiran bagi semua pelajar adalah wajib. Ketika itu, terdengarlah desas-desus pelajar dan guru yang bersungutan. Kelihatan ada juga yang berubah air mukanya. Yalah, bukannya mudah untuk mewujudkan kelas tambahan. Lebih-lebih lagi pada musim cuti persekolahan. Namun, naluri seorang guru yang memang menginginkan anak didiknya berjaya, mereka tetap menggagahkan diri dan menggadaikan waktu daripada segalanya demi mendidik anak bangsanya sehingga cemerlang. Mujur kelas tambahan yang perlu dilaksanakan itu hanya selama dua hari.

   Hari ini adalah hari pertama kelas tambahan berlangsung iaitu pada hari Rabu dan sememangnya lazim bagi pelajar sekolah ini hadir dengan penuh bersemangat. Lebih-lebih lagi apabila subjek yang harus mereka pelajari pada hari itu adalah subjek kira-kira iaitu Matematik. Alhamdulillah. Biarpun sebenarnya cikgu yang mengajar itu tidak berdaya untuk mengajar kerana keadaan kelas yang begitu ramai, tetapi dia tetap dengan pendiriannya untuk melihat anak didiknya berjaya. Diajarnya satu persatu, perlahan-lahan supaya anak muridnya bisa menangkap apa yang ingin disampaikannya  pada hari itu. Daripada alunan suaranya yang merdu, semerdu burung berkicauan di langit hingga tekaknya kering, serak bagaikan katak yang sedang ber'ong-ong'. ~Subhanallah! Tabik cikgu! Sungguh! Diri ini pun begitu terharu dengan nilaiannya.~ Bisik hati seorang pembaca.

   Hingga tibalah pada hari berikutnya, Huruf K ke huruf H ke huruf A ke huruf M ke huruf I ke huruf S, ya Allah, merupakan hari yang sangat mengejutkan. Umpama istilah dalam Bahasa Inggeris, "SUPRISE!" Yang mengejutkan itu bukanlah apa. Hanyalah sahabat-sahabat lama yang telahpun meninggalkan Sekolah Taman Islam ini hadir dan menuntut ilmu bersama. Tapi tak pastilah sama ada mereka benar-benar menuntut atau hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Jadinya, sudah tentu kelas tambahan menjadi semakin ramai dan bertambah meriah - kecoh. (heheh~) Tambahan lagi, pada hari itu mereka belajar matapelajaran Bahasa Arab, sudahlah gurunya mengajar laju, sepantas kuda berlari tapi tidaklah sepantas sambaran kilat. Lalu, tenggelamlah segala ilmu dan alunan suara guru itu dari halwa telinga pelajar-pelajar di situ. Hinggalah tiba-tiba, "Awak nak jadi guru ke saya yang jadi guru? Kalau awak bercakap dan saya pun bercakap, siapa yang nak dengar? Awak nak tahu tak, saya sanggup tinggalkan segala urusan peribadi saya semata-mata hendak mengajar awak semua hari ini. Kalau beginilah jadinya, saya tahu saya  nak saja pulang ke rumah. Saya rasa lagi tenang. Lagi aman." ~ Sampainya hati anak murid buat guru mereka seperti itu. Saya pasti, mesti hati guru itu terguris bagai dihiris dengan keris. Ouc! Panahnya!~ Bisik lagi hati pembaca itu.

   Kemudian, semua pelajar pun terdiam. Membisu tidak mampu berkata apa-apa. Yalah, sudah terkena, siapalah yang berani berbicara. Membisu sajalah. Dengan penuh kesabarannya, ustaz itu pun sambung semula pengajarannya pada hari itu. Pada sesi kelas yang kedua, pada hari yang sama, ustaz ini banyak bercerita dan banyak info-info yang disampaikan membuatkan pelajar-pelajar ini tertarik untuk mendengarnya. Tetapi, tak pastilah sama ada mereka benar-benar tertarik ataupun tidak. harap-harap, begitulah. Antara info yang paling menarik ialah tentang pemuda masa kini. Ustaz itu berkata dalam syarahannya," sekarang ini ramai benar pelajar wanita yang berebut-rebut hendak masuk ke Universiti Al-Azhar, Mesir kerana ramai yang bijak-bijak dan mumtaz". Dengan penuh kesungguhan ustaz itu bercerita dengan gaya-gayanya sekali. Kemudian, ustaz itu bercerita lagi, "tetapi, apabila melihat dibahagian lelaki, yang mumtaz ada?... Ha? Tiada? Jayyid Jiddan ada? Masih ada, tapi sedikit. Jayyid,jayyid? Ada juga tapi tidaklah ramai dan akhirnya terpaksalah juga dibuka permohonan itu untuk perempuan". dan ustaz itu sambung lagi "sekarang ini golongan lelaki kelihatan lemah. Lihatlah dari segi perjuangan ilmunya, ramai pelajar perempuan yang ambil bahagiannya. Lagipun, ramai kaum adam yang maju dalam sebuah industri di Pusat Serenti. Hai.. ". ~ Aduh! Sedihnya! Mana perginya kegagahan syabab-syabab seperti dahulu? Di manakah perjuangan-perjuangan mereka? Adakah sudah menghilang? Ke manakah ia pergi? ~ Bisik hati pembaca itu lagi. Terasa ingin mengatakan sesuatu tetapi, apakan daya.. tidak kesampaian dan hanya mampu tersimpan di kalbu.

  hmm.. Begitulah ceritanya..

   -Aik?! Dah habis rupanya.

Saya harap, dengan kisah ini dapat diambil perhatian dan perlu difikirkan. Maaf, jika dengan cerita ini ada yang tersinggung atau ada kekurangan. Kisah ini tidaklah dikaitkan dengan sesiapa tetapi hanya dijadikan contoh buat teladan.

qalilul kalam:
~ Hormati dia selalu..oh guru.. dengarlah dia selalu..oh nasihat..
~ Ayuha syabab! Bangkitkan perjuanganmu! Buat Islam yang satu!

Bak kata ustaz saya di sekolah, untuk cabaran dunia ini kita kena- Jaga....jaga.

syukranalaikum wa assalamualaikum.. ^_~

Friday 9 March 2012

blog dan facebook?




bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

subhanallah... alhamdulillah, bersyukur sekali kerana masih dikurniakan kaki untuk melangkah, dikurniakan tangan untuk menaip, dikurniakan mata untuk melihat, dikurniakan akal untuk berfikir, dikurniakan telinga untuk mendengar dikurniakan nyawa untuk hidup dan dikurniakan hati untuk iman. Alhamudlillah.. sekian lama saya tidak melakar di papan blog ini. Kerinduan bermadah bermain-main di hati sepanjang di asrama. Sampai nak bercerita dengan sahabat pun berpuisi. Ceewah! Terasa laman ini memanggil-manggil untuk diisi.

   Salam perkhabaran buat antum yang sudi membaca laman yang tidak seberapa hebat ini. Alhamdulillah.. selagi antum dapat membaca apa yang terlakar di laman blog ini, bersyukurlah kepada Pencipta kalian sebab Dia dah bagi satu kurnia yang cukup istimewa buat kita semua. Saya harap antum semua masih kekal dengan sebuah keimanan. InsyaAllah bertambah...

   Baiklah, apa topik yang ingin dibicarakan hari ini? Hmm.. terbayang-bayang wajah sahabat. Terfikir-fikir tulisan ayat. Ketak,ketuk,ketak,ketuk..

Ha! Alhamdulillah.. hari ini nak bicara tentang blog dan facebook. Blog? Facebook? Kenapa dengan blog dan facebook? Ya... ini yang sedang hangat difikir-fikirkan. Berlegar-legar di kepala memikirkannya.

   Suatu hari ada seorang sahabat bertanya:

Rina: Mana pergi facebook awak? Dah lama tak nampak awak online sekarang ni.

Yatt: Heheh.. macam mana nak ada facebook, dah tak ada akaun memanglah tak boleh nak buka. Apalah.

Rina: Aik?! Bukan ke awak ada facebook sebelum ni? Awak ni main-mainlah..

Yatt: Relaks lah sis.. mana ada main-main. Betul-betul. Dulu memang ada akaun facebook, tapi sekarang  dah tak lagi. Dah dideactive.

Rina: Oooohhhh.. Tapi, kenapa ya? Kalau begitu, bagaimana nak berhubung?

Yatt: Sebab.... facebook ni membuatkan saya lalailah... Kejap-kejap mata ni mesti nak tengok komputer. Tu yang saya off terus. Senang cerita. Alhamdulillah... Ha, kalau nak berhubung, saya ada laman blog. Kalau ada masa, singgahlah ya. lovebeautifulislam.blogspot.com. Nanti komen saja. InsyaAllah terbalas. hehe..

Rina: Awak pun ada laman blog? Wah! Awak buat laman blog buat apa je? Tulis diari ya?

Yatt: Haha. Awak ni kelakarlah Rina. Tidak semestinya kita adakan blog ini hanya untuk diari. Lagipun saya buat laman blog, ada misi yang tersendiri.

Rina: Wah! Misi? Macam best saja bunyinya. Habis tu, awak buat apa dengan blog tu?

Yatt: Hehe.. tak tahulah best ke tidak. (mata ke atas, bibir mencebik) Sebab orang lain yang baca. Kalau nak tahu, singgahlah dulu. Baru tahu. Ceeewah.. (promote) hehehe..

Rina: Yalah-yalah. InsyaAllah...

.....................
 Sebenarnya, saya nak adakan laman blog ini adalah untuk share dengan orang ramai betapa indahnya Islam ini dan misi laman blog lovebautifulislam mestilah menjadi salah satu rahsia dalam kehidupan saya. Jadi, nak adakan laman blog ini. mestilah ada tujuannya dan bergantung kepada niat seseorang itu. Lagipun masing-masing mempunyai pendapat masing-masing. Begitu juga pandangan saya tentang facebook. Bagi saya, saya mudah sekali leka dengan facebook, namun ada sesetengah yang lain mengatakan tidak kerana mungkin mereka bijak dapat mengawalkan diri dan masa.Tapi, tak apa.. saya akan cuba untuk belajar mengawal masa dalam menggunakan facebook. (smile)

qalilul kalam:
 ~ Teringat daku pada kalimah Nabi:

 إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. 
syukranalaikum wa assalamualaikum.. ^_~

Monday 6 February 2012

Ya Habib Ya Rasul.. Ku ingin mencintaimu...


bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

sempena maulidurrasul ini, nak juga saya ambil kesempatan untuk mengisi ruang masa saya dengan melakar sedikit post di laman blog yang serba sederhana ini.

Rasulullah ini sangat istimewa. Tidak terhingga baginda punya kebaikan. Biarpun baginda ini ma'sum, namun baginda tetap beramal soleh, beristighfar, beribadah dan banyak lagi. Subhanallah... Kadang kala kerendahan hati baginda membuatkan diri ini segan dengan baginda sedangkan baginda ini memang telah ditetapkan tinggi darjatnya di sisi Yang Agung...

Ya habibi.. ku ingin mencintaimu...
Dengan alunan selawatmu,
Dengan lembaran sunnahmu,
Dengan pengisian sunnahmu...
Ya Rasulullah...


qalilul kalam: 

~ Cintailah Rasulullah kerana dia telah mencintai kita. Luahkanlah cinta kita terhadap Rasulullah...
~ Jika dengan insan yang lain bisa, kenapa dengan Rasulullah tidak? Marilah sahabat-sahabat, para pembaca, ibu-ibu bapa-bapa yang dikasihi..
           
                  Jom! CIntakan Rasulullah... I love You Rasulullah!!

syukranalaikum wa assalamualaikum..

Tuesday 24 January 2012

Heart & Love...

kesegaran iman umpama kuntuman bunga yang segar..

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

subhanallah.. indahnya kuntuman-kuntuman bunga tu... hmm... sedap mata memandang...
eh, sebenarnya ada puisi ni.. tapi, ini versi dalam bahasa inggeris.. kalau antum nak dalam bahasa malaysia, cubalah translate ya.. ^_^

tajuknya.. 

HEART & LOVE

Once my heart is lonely,
feel dry and empty,
feel want to find,
that something truely...

Once a time, when the light is bright,
come sprinkle in my heart,
this before was darkness, now is more brighter,
this before was jumpy, now is more calm,
this before was mournful, now is more amuse..

Subhanallah...
Now my heart is feeling,
with a bright love very shiny,
not illusi..

This love,
much beautiful for me,
I'm always hope some bless from You,
I'm always pray in front of You,
I'm always hope pity love from You..
Oh Allah..
Give me permission to get Your love,
Give me the permission to get it,
I really hope it..
Oh Allah.. Please..


Indeed,
Place in my heart is for You,
My heart is only for You..
No others..
Oh Allah...

inilah luahan hati seorang hamba Allah.. hanya untuk perkongsian kita bersama.. tujuannya adalah supaya kita berfikir tentang:
ha! ingat tu!

haha..ingat ya.. kita semua milik Allah.. jadi, hati ini kenalah bagi untuk Allah.. bukan untuk makhluk sewenang-wenangnya dan sepenuh-penuhnya... Memang fitrah manusia untuk menyukai seseorang tetapi tidaklah melebihi sehingga si dia tu mendapat hati kita sepenuhnya.. Biarlah Allah tetap di carta hati.. ^_^

qalilul kalam:

~ berfikir dahulu sebelum bertindak dalam keputusan untuk ber'couple'!

sekian itu sahaja daripada saya!

syukranalaikum wa assalamualaikum..