Saturday 31 December 2011

oh marilah..

 
sedih meninggalkan kenangan yang telah berlalu.. *hanya gambar hiasan*

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, diri ini masih hidup setelah menjelangnya tahun baru. Hari ini tarikh yang cantik saya mengupdate post. Sebelumnya, saya ingin mengucapkan...
buat sahibah-sahibah yang telah menyambut ulang tahunnya tahun lepas. Alhamdulillah...^_^ Maaflah buat sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan saya ucapkan Selamat Hari Lahir. Terimalah ucapan ini buat sahabat-sahabat saya di sana walaupun telah terlepas tarikhnya. Tidak lupa juga buat anda yang sedang membaca di laman blog saya yang serba sederhana ini. Terima kasih.

Baiklah, sebelum saya menghuraikan lagi ayat-ayat saya ini, jom kita dengar dulu nasyid ini...

Ha, inilah dia!!! Allahuakbar! Semangat sikit bila dah dengar lagu ini.
Anda perasan tak ayat yang dia kata "umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam" dalam lirik nasyid ini? emm... Jadi, saya nak tukarlah.. "umat Islam harus cemerlang tahun ini mesti lebih baik dari yang lepas".. ha.. Sebenarnya, beruntung sekali bagi mereka yang ada matlamat jelas dan prinsip hidup. Tambahan lagi, mereka ada hala tuju. Subhanallah.. memang indah kalau seperti itu sebab kita tahu apa yang sepatutnya kita lakukan.

         Kita sentuh pula bahagian perubahan diri. Sebenarnya nak adakan suatu perubahan ini tidak perlulah menunggu hari-hari tertentu. Misalnya, "nak tunggu tahun depanlah baru berubah jadi baik.." @ " nantilah tunggu maalhijrah.." @ "Tunggulah... nantilah...." dan sebagainya. Silap-silap esok ajal dah jemput macam mana? Tak 'gegel' kita? hmm... Teringat saya pada kata-kata seorang ustaz dalam rancangan Al-Kuliyyah di TV3. Kalau nak ubah pada perkara yang lebih baik, usahlah menunggu dan melewat-lewatkan. Usahlah dibiarkan perkara yang salah dan terus dibiarkan. Janganlah dilengah-lengahkan lagi. Kalau asyik delay saja, macam mana kalau ajal dan maut datang secara tiba-tiba pada hari yang tak dijangkakan? Jadi, kalau nak berubah ke arah kebaikan itu, tak perlulah menunggu pada tahun akan datang, tunggu 40 tahun akan datang, tunggu hari tua datang, silap-silap tunggu malaikat maut datang baru nak berubah.. Ha.. lebih kurang begitulah maksudnya.

Maksud perubahan kebaikan di sini adalah seperti yang berkaitan dengan IMAN dan AGAMA kita. Ianya terlalu penting!!! Kalau asyik dilengahkan, bila pula umat Islam hendak mencapai wawasan? Sebenarnya IMAN ini adalah suatu perkara yang mesti kita perbaharui saban hari. Hmm.. Jadi, sama-samalah kita fikir-fikirkan IMAN kita ya..

*Entry ini pun merupakan salah satu peringatan buat diri ini. Saya ini pun apa kurangnya. Ada juga kelemahan. Sama seperti anda semua. Biasalah manusia biasa. Tapi, perkara kelemahan yang sememangnya ada dan merupakan fitrah manusia, jangan jadikan alasan untuk anda tidak mahu melakukan perubahan diri.

Teringat kalam Allah yang bermaksud...

Berlumba-lumbalah dalam membuat kebaikan...

qalilul kalam:

~marilah semua kita menuju wawasan!! Ayuh!!
~ sekiranya anda terlihat saya tidak mahu menuju wawasan, tegurlah dan nasihatilah saya sebaik mungkin.
~ mari sama-sama kita melakukan perubahan diri dari sekarang!!
             
                             1 2 3.... berubah!! Jom!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.............

syukranalaikum wa assalamualaikum... ^_~

p/s: sebenarnya entry ini dipost pada 1 Januari 2012. Maaf di atas kekurangan ini..

Wednesday 28 December 2011

sunnah.. hebat!!


bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. masih dipanjangkan lagi umur untuk meneruskan kehidupan yang penuh panca roba ini. Subhanallah.. anda telah menyaksikan iklan seketika di atas? Haha. Inilah yang saya ingin kupaskan sekarang ini, Tentang gigi. Walaupun saya ini bukanlah doktor gigi, tetapi saya hanya ingin berkongsi sesuatu rahsia di mana bagi saya ianya agak luar biasa. Subhanallah!

Dalam iklan itu mengingatkan kita supaya menggosok gigi selepas sarapan dan sebelum tidur tetapi, tidak mungkinlah anda bangun daripada tidur tidak menggosok gigikan? Seandainya anda TIDAK menggosok gigi selepas bangun daripada tidur, masyaAllah... GENTLE! orang akan pengsan apabila duduk di sebelah anda. Masakan tidak, kita tidur tidak menyedari apa yang keluar daripada mulut kita. Mungkin yang keluar daripada mulut kita itu adalah sejenis cecair yang berbau ala-ala 'wangi' dan boleh menghasilkan lukisan peta yang cantik apabila kering. Adakah anda sanggup bertahan dengan bau mulut anda? Sekiranya YA, Fuh! Saya akan cabut lari dahulu sekiranya berjumpa dengan anda. hehehe..

Baiklah, berbalik semula kepada tajuk kita, SUNNAH..HEBAT!
Apa yang ingin saya kupaskan ialah Rasulullah pernah mengajar kita agar bersugi. (Lihat. Islam telah mengajarkan dahulu.Menarik! Subhanallah!)
Mengingati semula kisah peperangan pada zaman Rasulullah, sebelum berperang, Rasulullah memberitahu kepada para pejuang muslimin agar menggosok gigi dahulu. Dalam masa yang sama, ada seorang musuh peperangan Islam datang mengintip untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh tentera Islam. Dia terkejut dan agak ketakutan. Dia menyangka tentera Islam sedang mengasah gigi dan apabila gigi telah diasah pasti tajam gigi-gigi mereka serta boleh menyiat-nyiat daging manusia seperti mereka. Lihatlah, bersugi juga boleh dikategorikan salah satu strategi dalam peperangan. Hebat!

Tambahan lagi, Allah sering menyentuh soal kebersihan. Nabi pun sama. Islam sudah tentu. Jadi, sebagai khalifah di muka bumi ini perlulah mengutamakan kebersihan. Ingat lagi tak pesan Nabi:  
Kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Ha... Kalau anda nak tahu, Nabi selalu bersugi.. Setiap kali nak solat Nabi bersugi. Kita solat 5 kali sehari. Bygkan betapa berkilaunya gigi Nabi ini. Subhanallah! Amalan Nabi yang terakhir pun bersugi. Ya Allah. Indahnya! Hebat!

qalilul kalam:
~ as a muslim, tunggu apa lagi! Jom la kita bersugi! Hehe.. jom kita bersihkan gigi sampai berkilat!

Gosok jangan tak gosok sampai berkilat.. hehehe..

syukranalaikum wa assalamualaikum..

Friday 23 December 2011

tersisih... aduh..


bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

isk,isk,isk...isk,isk,isk.. tisu,tisu,tisu...sedih tau dengar lagu ni.. bait-bait katanya.. menusuk ke sanubari.. yalah, pengalaman demi pengalaman dalam persahabatan seperti ada tersenarai dalam setiap bicara lagu ni. Subhanallah! Fuh! Menyentuh kalbu.

'Saya tak tahulah sahabat-sahabat saya ni masih ingat dekat saya lagi ataupun tidak. Entahlah.. rasa tersisih seperti masih ada dalam hati... Tapi, rasa tak baik pula saya menganggap seperti ini.....'

Allahuakbar.. begitulah kadangkala anda rasakan dalam setiap persahabatan bukan? Biasalah, dalam kehidupan ini mestilah kena ada BitterSweet (bak kata kawan saya).. Memang betul. Kalau tidak, tak adalah corak untuk mencanting batik pada kain putih dalam kehidupan kita. (Rasa terubat sedikit mendengar nasihat-nasihat sebegini dari sahabat-sahabat...) Alhamdulillah.. bersyukurlah kita kepada Allah sebab Allah masih beri kita sahabat walaupun cuma seorang.

Bak kata kak Fatimah Syarha, dalam setiap persahabatan yang terjalin, siapkanlah diri untuk menjadi sahabat yang terbaik. Lagipun, kadangkala hendak memilih sahabat yang terbaik dalam hidup ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Saya juga dapat merasakannya. Sehingga kini saya rasa belum ada lagi sahabat sejati dalam kehidupan saya ini. tapi,InsyaAllah.. ada lah tu nanti.. Ataupun saya sendiri tak perasan? Ya Allah segalanya dalam ketentuanMu..

Dalam kesempatan ni, nak juga berpuisi...( maaflah kalau puisinya tak berapa sedap..).heheee~

Bismillah....

Segenap ku terpandang ke jendela,
Mengenangkan sesuatu rasa,
Rasa yang tidak ku tahu,
Adakah ianya manis untukku?

Fikiranku menyedarkan aku,
Tentang sesuatu fitrah,
Tentang sesuatu cinta..

Sekilas ku lihat sahabat-sahabatku,
Tenang dan riang menyelubungiku,

Sekilas ku lihat sahabat-sahabatku,
Sedih dan kecewa menyelubungiku,
Oh sayunya....

Namun, ku ingin menepis rasa pertelingkahan,
kerana ku takut akan pergaduhan..

Ya Allah, kuatkanlah diriku,
Berikanlah aku sifat kesabaran..
Sungguh, ku ingin sahabat yang sering sudi mendengar, menyimpan, menasihati, memberi, memahami dan baik budi...
Namun ku tahu,
Tiada siapa yang sempurna,
Ku pasrah padaMu..

Sayidina Ali pernah menukilkan:
Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada iu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari..

Mesti anda semua pernah mendengar kata hikmah inikan? Seandainya anda telah membacanya, tunggu apa lagi? Mehlah kita jadikan diri kita ini seorang yang terbaik walaupun memang kita dah tahu kita tidak akan sempurna! Ayuh kawan!

qalilul kalam:

~ jadilah sahabat yang terbaik buat sahabat anda ya.
~ jika terlihat ada yang sedang keseorangan, sapalah dia dan hadirkanlah senyuman.
~ bersabarlah ya..jika dalam pertelingkahan usahlah dilanjutkan. Bersegeralah untuk menyapa dan memohon maaf.. Saya tabik pada orang yang memulakannya dahulu! ^_^
~ jika anda terlihat saya tidak seperti apa yang saya katakan di atas, maka tegur dan nasihatilah saya ya. Sungguh, saya hanyalah manusia biasa yang masih punya kelemahan..

Syukran alaikum wa assalamualaikum..

Sunday 18 December 2011

ya Allah! 'berangkat' ke obsesi?? alamak!

...termenung ku sendiri.....

bismillahirrahmanirrahim

assalamualakium w.b.t

hari ini..err...kali ini..err...apa-apa saja yang inilah ya. Saya nak kongsikan sesuatu yang agak dahsyat. Dahsyat!? Subhanallah! Wow! Ha, seperti yang telah anda baca tajuk post di atas ini memang isunya cukup popular. Kalah artis-artis barat yang kini menjadi kegilaan ramai. Fuh! Nak tahu apa sebenarnya yang saya ingin kupaskan di sini? Meh kita main gali-gali tentang isu ini. 1,2,3 galiiiii!!!!!

Remaja adalah 'hartawan' emosi. (ingat ya, bukan duit). Justeru, remaja suka andai perasaan dan jiwanya dibelai seseorang yang selama ini diidolakan. (o'ow..) Gejala 'angkat-mengangkat' merupakan salah satu sindrom di sekolah mutakhir ini, khususnya sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar berjantina tunggal. (yeah! kalau pelajar yang berlainan jantina pun ada, apatah lagi jantina yang sama).

Pelajar sedia maklum bahawa budaya 'angkat-mengangkat' adalah suatu kesalahan dari sudut peraturan sekolah. (ha? ya Allah baru ku tahu itu adalah kesalahan. Rasa menyesal pula dah melanggar peraturan sekolah. hmm.. ) Ini kerana kesan yang mungkin timbul daripada budaya ini lebih dominan negatifnya berbanding positif. ( oh, patutlah.. saya pun dah nampak kesannya). Sebahagian pelajar mungkin mengambil pelajar cemerlang sebagai kakak atau abang angkat dengan alasan untuk mendapatkan bimbingan dalam pelajaran sehingga cemerlang bersama. (Kalau yang berangkat berlainan jantina, betul ke?) Atau, barangkali dengan angkat-mengangkat ini, pelajar akan menguasai dan memantapkan Bahasa Melayu kerana lazimnya berkajang-kajang surat ditulis bagi melahirkan perasaan.( Aduh! Rasa macam terpukul pula.) Namun, sejauh manakah alasan ini terbukti terpakai? ( hmm.. nak kena gali dalam lagi ni. Gali,gali,gali,gali..jangan tak gali!)

Hakikatnya, gejala ini lebih banyak membuatkan pelajar dihanyut perasaan masing-masing. Buktinya, pelajar akan cenderung untuk menyukai dengan keterlaluan, atau dalam erti kata yang lain OBSESI. (Oh, No! Don't don't don't. Dangerous!) Umpamanya, jika dia melihat adik angkat atau kakak angkatnya bermesra dengan teman-teman yang lain, akan timbul perasaan cemburu keterlaluan sehingga menyebabkan fikirannya tidak dapat lagi difokuskan terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. (Ya Allah, ruginya.) Jika berterusan begini, bagaimana dengan masa depan? (Habislah...)

Seringnya seseorang yang obsesi dalam meminati seseorang akan menggantungkan cita-cita 'sempurna' terhadap idolanya di langit impian. Malangnya, tanpa disedari, cita-cita yang dianyam terlalu tinggi untuk digapai oleh manusia. Apabila berlaku sesuatu yang menyalahi hasratnya kelak, maka jadilah dia patah hati dan dirundung pilu berhari-hari.( Ish,ish,ish.. cuba dengar lagu ini....)


Yang nyata, hubungan angkat bukanlah suatu kesalahan. ( dari segi pandangan Islam) Yang menjadi kesalahan adalah cara ia dijalinkan apabila tidak menepati kehendak agama. Islam adalah agama yang menekankan sikap bersederhana dalam semua perkara termasuklah ibadat. Ini bermakna, sikap obsesi adalah dilarang sama sekali kerana kesannya boleh memakan diri. ( Ha, ingat ya!)

Justeru, hubungan angkat yang diredai Allah adalah hubugan yang mampu menjadikan seseorang baik dalam beramal kerana menyedari dunia adalah sebagai ladang bercucuk tanam untuk kemudian menuai hasilnya di akhirat. Wallahua'lam.... ( ^_^)

qalilul kalam:

Sayidina Ali pernah mengingatkan kita dengan berkata: "Cintailah orang yang engkau cintai sekadarnya, boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang engkau benci. Bencilah orang yang engkau benci sekadarnya, boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang engkau cintai,"

~ Eh, eh, eh... tunggu sekejap! Jangan off dulu ya, ada orang pesan ni, kalau dah gali-gali jangan lupa tunjukkan hasilnya ya! terima kasih kerana sudi menggali bersama! ^_^

syukran alaikum wa assalamualaikum..

Wednesday 14 December 2011

pokok semalu..

 bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

suatu hari......teng,teng,teng....

puteri: eh, hati-hati adik!

fira    : aduh! sakitnya...

puteri: kenapa ni?

fira    : ni, pokok ni. tajam!

puteri: oh. itukan pokok semalu.

fira    : ha? pokok malu-malu?

puteri: bukan. pokok SEMALU. tapi, pokok ni memang malu-malu. tak percaya tengok ni!

fira    : subhanallah! sukanya! adik suka dengan pokok ni!

puteri: daun ni tutup bila kita pegang.

fira    : agak-agak kenapa ek?

puteri: sebab dia nak melindungi dirinya daripada dirosakkan.

fira    : oh, maknanya, kalau kita tutup-tutup kita akan selamatlah yer?

puteri: Yup! kalau adik nak tahu, pokok semalu ini adalah pokok perempuan tau. orang perempuan yang pakai tudung dan ada sifat malu, tidak membenarkan dirinya disentuh. kalau ada orang nak sentuh, dia akan menutup dirinya. sebab itulah kita kena pakai tudung macam sekarang ni.

fira    : oh, patutlah.. macam tu rupanya. lagi lagi lagi yang kakak tahu.

puteri: hehe.. adik ni. kakak ni bukannya pandai sangat. setakat sikit-sikit tu, tahulah. herm.. cuba adik tengok, pokok semalu ini dengan sifat pemalunya tidak membenarkan dirinya disentuh. ia akan menguncup menjaga keselamatan dan kehormatan dirinya. apabila menjelang waktu senja, pokok semalu akan menguncup sebagai isyarat kepada kaum wanita agar menjaga kehormatan diri tatkala mentari tenggelam. balik ke rumah, serta pelihara aurat dan diri. hmm...

fira    : oh, patutlah mak suruh balik sebelum pukul 6 petang. hmm.. tak apa. lepas ni mak tak perlu lagi pesan kena balik pukul 6 sebab hari-hari adik akan sampai rumah sebelum pukul 6. erk, macam belit-belit je ayat adik ni.

puteri&fira: hehehehehehehehehee....

fira    : tapi, kalau dah tutup orang nak pegang juga macam mana?

puteri: ish, nakalnya orang tu! hehehe..ha, nanti tangan orang tu akan luka sebab pokok semalu ada duri!

fira    : kalau dia cabut juga pokok ni?

puteri: dia akan dihukum Allah! tangan yang mencabut itu akan menerima seksaannya! adik, jangan cabut!

fira    : hee.. adik suka dengan pokok ni!

Hanyalah perhiasan tapi perhatian pada tulisan hitam di dalam kotak kuning itu ya...



qalilul kalam:

~ jadilah seorang wanita seperti pokok semalu itu.. ^_^

Sunday 11 December 2011

solehah = seindah mawar berduri


bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

hmm... alangkah indahnya jika kita ini adalah seorang wanita yang solehah... beruntung sekali. Nanti dapat jadi bidadari syurga. Sungguh indah mempesona peribadinya. Subhanallah..

Tapi, dapat ke kita menjadi seperti itu?
Sungguh! Mujahadah kenalah hebat. Bukan senang nak jadi bidadari syurga ni. Kena jaga semua peribadi termasuklah dengan perkara yang terpenting sekali, cinta kasih Allah yang teramatlah suci.

Saya pun kadang-kadang terleka juga. Kadang-kadang terlalai juga. MasyaAllah.. memang payah nak push down hawa nafsu ni.  Tapi, saya tetap suka Allah sebab Allah amat sayangkan hambaNya. Tatkala hambaNya lalai, diberinya peringatan. Tatkala hambaNya jauh, Dia tetap berdekatan. Subhanallah... Indahnya kasih sayang Allah terhadap kita. Tapi, as a human, why we still want to follow nafsu syaitan? Are we having thinking about this everyday? Hmm....

Apa-apa pun berusahalah untuk menjadi insan yang solehah... dan tidak lupa juga untuk menjadi seorang yang indahnya seperti mawar yang berduri... sebab wanita seperti mawar yang berduri inilah sebenarnya solehah..
Semoga post ini dapat memberi sedikit walapun cuma pada diri kita semua. InsyaAllah..


Maaf andai ada kekurangan dalam post ini. Nasihatilah saya jika ada kesilapan.
Syukran alaikum wa assalamualaikum..

Saturday 10 December 2011

oh bulan..

Ya Allah... nak gerhanalah...... padanlah gelaap je air ni.... kena zikir banyak2.. subhanallah...
bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

Ok. Kali ini saya ingin mengupas tentang bulan.. Oh, bulan... Ehem,ehem! ok. Bulan ni subhanallah.. memang indah ciptaan Allah ni. Saya rasa, manusia mahupun makhluk tak mampu nak cipta sebegini rupa. Bukan rasa lagi dah. Memang tak mampu. Subhanallah.. Kuasa Kekasih Maha Agung.. Allah is the Best! Esok di tentukan akan berlakunya gerhana bulan. Ha, ni dia. Bolehlah saat-saat ini manusia ambil kesempatan untuk berfikir tentang kuasa Allah.

Firman Allah dalam ayat 38 – 40 surah Yaasiin; maksudnya: Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing
Dalam post ini, saya nak jugalah ambil kesempatan untuk share tentang solat gerhana bulan ni. Meh, jom kita tengok cara-caranya...Zoooommm....

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut:

Rakaat pertama
  1. Niat solat Gerhana, Takbir
  2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
  3. Rukuk
  4. I’tidal
  5. Baca Al-Fatihah dan surah
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
  1. Niat solat Gerhana, Takbir.
  2. Baca Al-Fatihah dan surah.
  3. Rukuk.
  4. I’tidal,
  5. Baca Al-Fatihah dan surah.
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud
  9. Tahiyyat Akhir
  10. Salam
wallahua'lam... itu sahaja post saya kali ini..
maaf andai ade kekurangan.
syukran alaikum wa assalamualaikum..

Thursday 8 December 2011

Keluarga 'IMAN' vs tidur lepas subuh

 bismillahirrahmanirrahim..

 assalamualaikum w.b.t

hehe.. sebenarnya, kali ini saya nak berkongsi cerita sikit. Tentang keluarga 'IMAN'.. 'IMAN' yang di maksudkan di sini adalah nama anak-anak perempuan yang terdapat dalam cerita ini. err..The story only a little bit. Tapi, kalau terpanjang maaflah ya.. hehe..
ha,fasal tidur selepas solat subuh pula kalau nak tahu, kenalah baca.. Selamat membaca! =)


Kisahnya bermula begini......................
     
              Hari itu adalah hari Jumaat. Cuaca pada pagi itu cerah tanpa adanya awan mendung berarak menunjukkan hujan. Suasana di rumah En. Hassan ketika itu agak sepi kerana puteri-puterinya masih lagi diulit mimpi, kecuali puteri sulungnya. Aduhai, mana tidaknya, setiap kali cuti sekolah, pasti puteri-puterinya yang lain akan tidur kembali setelah menunaikan solat fardhu subuh.
         
              "Eh, dah pukul berapa ni? Ya Allah, lambat pula nak pergi kerja nanti,"

Bergegas En. Hassan menuruni anak tangga dan terus meluru ke dapur untuk bersarapan pagi.

"Honey! Honey masak apa pagi ni?"

Tanya En. Hassan tanpa memandang wajah isterinya yang sedang sibuk menuang air ke dalam cawan dan terus membaca doa makan. Kemudian, ... aaaa.. (mulut ternganga) ... NGAP! mMMmm... segala kelazatan terus menerjah ke seluruh ruang mulutnya. Belum sempat isterinya hendak menjawab soalan, gara-gara hendak cepat, dia pun mengunyah selaju mungkin. Pn. Solehah terkejut dengan gelagat suaminya.

(Tak pernah-pernah aku tengok abang sayang aku makan secepat ini. Macam orang tak pernah makan seribu tahun pun ada. (hihih) Ha, ni mesti kes takut lambat. (hmm) Padahal bagiku masih awal lagi.) bicara Pn. Solehah dalam hati.

Pn. Solehah pun menegur  suaminya dengan manja,

"Ya Allah abang.. kalau ya pun nak cepat sangat, janganlah makan laju-laju macam ni. ish,ish,ish... abang,abang.. nah, air bang, nanti tercekik pula."

Lalu Pn. Solehah pun menghulurkan secawan teh'o panas yang telah dituangnya tadi kepada suaminya.

              "Alhamdulillah, thank you honey.. Abang saja je nak testing honey. Nak tengok samada tegur ke tidak, hehe.." kata En. Hassan kepada isterinya.

Meleret senyuman En. Hassan bila ditegur oleh isterinya. Saja nak cover line depan isteri. Hehehehe...

"Eh, abang ni. Mestilah kena tegur. Kalau tidak, macam mana nak jadi apa yang abang cakap tu? Pau? Eh, Pawang? Eh, apa bang? Susah pula nak menyebutnya. Hehe.."

"MuslimPower la honey."

"Ha! Muslim Power! Alhamdulillah, thanks to you too my dear. Saja je nak testing. Nak tengok abang ingat ke tak,hehehe.." balas si isteri sambil mengenyitkan matanya kepada En. Hassan.

Apa lagi, berkembang-kembanglah hati si suami itu. 'Aduhai dinda, dirimu ibarat bunga yang sedang harum di taman, yang mekar.. dan mempesonakan ~'

              "Oklah honey. Abang dah nak kena pergi kerja ni. Nanti kalau gurau lama-lama dengan honey abang ni, terlambat pula abang nak pergi kerja. Tak fasal-fasal kerja pun delay," kata En. Hassan sambil berjalan menuju ke pintu utama.

Pn. Solehah turut membuntuti langkah suaminya  Hendak jadi isteri solehah, kenalah hantar suami pergi kerja dan menyambut kepulangannya walaupun hanya sampai depan pintu atau pagar sahaja.

"Ok honey. Assalamulaikum..," kata En. Hassan yang telahpun berada dalam kenderaannya sambil melambai-lambai ke arah isterinya.

"Waalaikumsalam.." Pn. Solehah turut membalas lambaian suaminya.


                               *              *           *            *                 *              *              *             *


             "Assalamualaikum.... anak umi tengah buat apa tu? Patutlah tak turun sarapan lagi. Tengah baca novel rupanya. Baca novel apa tu?" Pn. Solehah memasuki bilik anaknya yang sulung.

Halawatul Iman namanya. Subhanallah... Sedap namanya.

"Eh, umi. Waalaikumsalam. Hehe.. Syok sangat baca novel ni. Tengah menghayati bait-bait kata yang tersusun indah ni. Bahasa yang dia guna dalam novel ni umi Subhanallah... Seindah Mawar Berduri tajuknya. Cantikkan nama judul buku ni umi? Isinya pun sangat bermanfaat. Alhamdulillah.. berkat umi hadiahkan untuk halawatul,"

"Alhamdulillah.. baguslah kalau macam tu. InsyaAllah. Semoga anak-anak umi semua boleh jadi waris serikandi-serikandi Islam. Jangan lupa untuk amalkan ilmu yang dah dapat tu. Dah, meh jom pergi sarapan. Nanti sejuk tak sedap pula. Kejutkan adik-adik kalau mereka tidur. Ajak turun sarapan sekali ya. Umi nak ke dapur sekejap," Pn. Solehah pun keluar diikuti Halawatul Iman. 

             Halawatul Iman terus menuju ke kamar adiknya yang bernama Miftahul Iman.

"Assalamualaikum... ehem,ehem! Miftahul Iman... bangunlah. Jom pergi sarapan. Cepatlah bangun. Kenapa tidur lepas waktu subuh lagi ni? Kan akak dah pernah bagitahu manfaatkan waktu pagi-pagi ni. Nabi pun tak ajar tidur lepas solat subuh tau. Nabi ajar kita kena manfaatkan waktu pagi-pagi ni. Bangunlah, bangunlah bangunlah...,"

Halawatul Iman mengejut adiknya yang sedang nyenyak tidur sambil menarik selimut yang membaluti tubuh Miftahul iman itu.

Ish,ish,ish.. Tak elok sebenarnya tidur lepas subuh ni. Bukan tak boleh, cuma nampak lazy girl jugalah dari segi bahasa kasarnya. Orang dulu-dulu selalu pesan dekat puteri-puteri mereka supaya jangan tidur after Subuh. Nanti nampak sangat pemalasnya. Hehe.. Masakan tidak, sepatutnya orang Muslim kena bangun awal pagi dan buat amal ibadah pada waktu pagi. Baru nampak semangat!

"Iiiiiish.... malasnya nak bangun... akak, ngantuklah. Macam mana nak bangun ni? Mata tak nak bukak."

Miftahul Iman membalas kata-kata kakaknya sambil matanya masih terpejam rapat.

"Miftah... cepatlah bangun. Umi dah tunggu kat bawah tu. Kesian umi kena tunggu kita,"

"Yalah... Miftah bangunlah.. Alhamdulillahillazi ahyana ba'da ma ama tana wailaihin nushur.... amin.."

..................................GEDEBUK!

Eh, Miftah! tergolek ke bawah!

Apalagi, terkekek-kekek kak Halawatul Iman dibuatnya.

"Ha, lain kali janganlah tidur lepas waktu subuh lagi. Nanti tak fasal-fasal terjatuh katil lagi sekali,"

kata Halawatul Iman sambil ketawa kecil dan terus menuju ke ruang adik bongsunya yang bernama Nurul Iman.

           (Hmm.. Sorang lagi. Tidur saja) dengus hati Halawatul Iman.

"Assalamualaikum Nurul Iman.... Nurul Iman... oh, Nurul Iman.. bangunlah...."kata Halawatul Iman sambil menggoyang-goyangkan tubuh adiknya itu.

"Alaaa kak, tak nak bangun boleh? Tengah mimpi syok ni..."

"Eh, mana boleh! Akak tak suka tengok adik-adik akak tidur pada waktu pagi ni tau. Nanti tak nampak bersemangat langsung. Adik mimpi apa sampai tak nak bangun ni? Oh... mimpi ada abang boy handsome datang ngorat adik eh? Oh..Tak apa, tak apa. Nanti akak bagitahu kat umi... yang adik ni kena ngorat dengan seorang pemuda yang kacak, yang terhandsome in the world! hehehe.."

Halawatul Iman terus keluar dari kamar adik bongsunya itu sambil ketawa terkekek-kekek. Namun, panggilan Nurul Iman telah mematikan langkahnya.

"Akak! Yalah.. adik bangunlah.. tapi akak kena janji jangan bagitahu umi yang adik mimpi fasal abang handsome tu.. malu.." seloroh Nurul Iman sambil menggosok-gosok matanya yang tidak gatal itu.

"Akak boleh saja, tapi kena ada syarat. Adik tak boleh tidur lepas solat subuh lagi lepas ni. Setiap pagi adik kena tolong akak siram pokok bunga kat depan rumah tu. Nanti barulah bunga-bunga tu semua senyum kat kita," balas Halawatul Iman yang sedang tercegat di hadapan pintu bilik adiknya.

"Ok!"balas Nurul Iman lagi. (Huh, selamat..) kata Nurul Iman di dalam hati.

"Dah cepat, umi dah tunggu kat bawah tu. Cepat sikit ya!" kata Halawatul Iman lalu bergegas turun ke bawah.

            Mereka pun bersarapan pagi bersama-sama dengan penuh selera..... Sedaaaaap ~ Makan roti john buatan kasih seorang ummi... Kalau nak, buatlah sendiri.. hehehehe...


............... TAMAT ...............

qalilul kalam:
~ ingat ya! Jangan tidur selepas waktu subuh. Buatlah ibadah pada waktu pagi. Barulah umat Islam nampak semangat! 
~ bercita-citalah untuk menjadi seorang isteri yang solehah ataupun suami yang soleh. Itupun salah satu kunci rumahtangga yang bahagia tau... Tapi, nak jadi wanita solehah ni, tanamlah masa tengah muda-muda lagi sebab waktu tu, kita masih di usia muda yang maish banyak manfaatnya.
~ Seandainya ada orang melakukan kesilapan tak kiralah muda atau tua, tegurlah dengan cara berhikmah. Jangan pula dengan cara yang kasar. Nanti lain pula jadinya. (smile)
~ Semoga kisah ini dapat memberi sedikit pengajaran buat antum dan juga buat diri saya yang banyak kelemahan ini.


maaflah seandainya terdapat kekurangan dalam post ini.
syukran alaikum wa assalamualaikum... ^_^


p/s: kalau ada apa-apa yang nak dishare, bolehlah dikongsi bersama. Terima kasih.

Wednesday 7 December 2011

love beautiful islam...

subhanallah... cantiknyaaaaaa.......cepatlah adik!!! tengok bunga ni!! lawa sangat!

bismillahirrahmanirrahim.... 

assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..Akhirnya, Allah telah menggerakkan hati ini untuk mencoret serba sedikit di papan skrin ini. hmm... 'love beautiful islam'.. i think this meaningful name for this blog. Allah give me an idea to creat this name. subhanallah!!! see, Allah is a grateful one! alhamdulillah.. thank you Allah.. <3

ok. Berkaitan dengan tajuk kita hari ini, memang tak boleh nak dinafikan yang Islam itu memang indah. Sayangnya Allah kepada kita melalui agama Islam ini membuatkan saya lagi bertambah teruja dengan agama Islam. That's true one.

Islam dah buktikan yang Islam itu indah sekali. Cuma yang bezanya adalah antara kita ni sedar ataupun tidak. Buktinya, dengan wujudnya agama Islam pada zaman jahiliyah, semua aspek berubah menjadi baik-baik belaka seperti :

1. Cara pemerintahan yang keterlaluan, menjadi lebih fleksibel.
2. Sosial yang begitu teruk, menjadi sungguh molek.
3. Sistem ekonomi yang suka pada cara negatif, bertukar menjadi cara yang lebih positif

dan banyak lagi.
Semuanya dari petunjuk Allah yang diajarkan oleh RasulNya untuk kita semua. Menarik bukan?

qalilul kalam:
jadi, as a muslim don't forget to do our responsibility in Islam.

wajibunalaikum... wa, assalamualaikum..