bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t
isk,isk,isk...isk,isk,isk.. tisu,tisu,tisu...sedih tau dengar lagu ni.. bait-bait katanya.. menusuk ke sanubari.. yalah, pengalaman demi pengalaman dalam persahabatan seperti ada tersenarai dalam setiap bicara lagu ni. Subhanallah! Fuh! Menyentuh kalbu.
'Saya tak tahulah sahabat-sahabat saya ni masih ingat dekat saya lagi ataupun tidak. Entahlah.. rasa tersisih seperti masih ada dalam hati... Tapi, rasa tak baik pula saya menganggap seperti ini.....'
Allahuakbar.. begitulah kadangkala anda rasakan dalam setiap persahabatan bukan? Biasalah, dalam kehidupan ini mestilah kena ada BitterSweet (bak kata kawan saya).. Memang betul. Kalau tidak, tak adalah corak untuk mencanting batik pada kain putih dalam kehidupan kita. (Rasa terubat sedikit mendengar nasihat-nasihat sebegini dari sahabat-sahabat...) Alhamdulillah.. bersyukurlah kita kepada Allah sebab Allah masih beri kita sahabat walaupun cuma seorang.
Bak kata kak Fatimah Syarha, dalam setiap persahabatan yang terjalin, siapkanlah diri untuk menjadi sahabat yang terbaik. Lagipun, kadangkala hendak memilih sahabat yang terbaik dalam hidup ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Saya juga dapat merasakannya. Sehingga kini saya rasa belum ada lagi sahabat sejati dalam kehidupan saya ini. tapi,InsyaAllah.. ada lah tu nanti.. Ataupun saya sendiri tak perasan? Ya Allah segalanya dalam ketentuanMu..
Dalam kesempatan ni, nak juga berpuisi...( maaflah kalau puisinya tak berapa sedap..).heheee~
Bismillah....
Segenap ku terpandang ke jendela,
Mengenangkan sesuatu rasa,
Rasa yang tidak ku tahu,
Adakah ianya manis untukku?
Fikiranku menyedarkan aku,
Tentang sesuatu fitrah,
Tentang sesuatu cinta..
Sekilas ku lihat sahabat-sahabatku,
Tenang dan riang menyelubungiku,
Sekilas ku lihat sahabat-sahabatku,
Sedih dan kecewa menyelubungiku,
Oh sayunya....
Namun, ku ingin menepis rasa pertelingkahan,
kerana ku takut akan pergaduhan..
Ya Allah, kuatkanlah diriku,
Berikanlah aku sifat kesabaran..
Sungguh, ku ingin sahabat yang sering sudi mendengar, menyimpan, menasihati, memberi, memahami dan baik budi...
Namun ku tahu,
Tiada siapa yang sempurna,
Ku pasrah padaMu..
Sayidina Ali pernah menukilkan:
Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada iu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari..Mesti anda semua pernah mendengar kata hikmah inikan? Seandainya anda telah membacanya, tunggu apa lagi? Mehlah kita jadikan diri kita ini seorang yang terbaik walaupun memang kita dah tahu kita tidak akan sempurna! Ayuh kawan!
qalilul kalam:
~ jadilah sahabat yang terbaik buat sahabat anda ya.
~ jika terlihat ada yang sedang keseorangan, sapalah dia dan hadirkanlah senyuman.
~ bersabarlah ya..jika dalam pertelingkahan usahlah dilanjutkan. Bersegeralah untuk menyapa dan memohon maaf.. Saya tabik pada orang yang memulakannya dahulu! ^_^
~ jika anda terlihat saya tidak seperti apa yang saya katakan di atas, maka tegur dan nasihatilah saya ya. Sungguh, saya hanyalah manusia biasa yang masih punya kelemahan..
Syukran alaikum wa assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment