Thursday 15 March 2012

Ke mana kau pergi?


bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

Hari ini hari Khamis. Bak kata orang zaman sekarang,T to the H to the U to the R to the S to the D to the A to the Y. DI gabungkan jadilah hari.... hekhem! Sebenarnya, hari ini adalah hari yang membuatkan perasaan saya bercampur-baur. Tak tahulah nak digambarkan macam mana. Yang pasti Allah sajalah yang tahu.

Tapi, walau bagaimanapun, saya nak kongsikan beberapa kisah dalam post saya kali ini. Saya tak pastilah apa perasaan anda jika anda membacanya. Yang penting ada iktibar dan manfaat buat pembaca di luar sana.

Kisahnya bermula begini...
   Suatu hari, Tuan Pengetua di Sekolah Menengah Agama Taman Islami mengumumkan bahawa cuti penggal pertama nanti akan diadakan kelas tambahan bagi pelajar tingkatan 3 dan 5 serta kehadiran bagi semua pelajar adalah wajib. Ketika itu, terdengarlah desas-desus pelajar dan guru yang bersungutan. Kelihatan ada juga yang berubah air mukanya. Yalah, bukannya mudah untuk mewujudkan kelas tambahan. Lebih-lebih lagi pada musim cuti persekolahan. Namun, naluri seorang guru yang memang menginginkan anak didiknya berjaya, mereka tetap menggagahkan diri dan menggadaikan waktu daripada segalanya demi mendidik anak bangsanya sehingga cemerlang. Mujur kelas tambahan yang perlu dilaksanakan itu hanya selama dua hari.

   Hari ini adalah hari pertama kelas tambahan berlangsung iaitu pada hari Rabu dan sememangnya lazim bagi pelajar sekolah ini hadir dengan penuh bersemangat. Lebih-lebih lagi apabila subjek yang harus mereka pelajari pada hari itu adalah subjek kira-kira iaitu Matematik. Alhamdulillah. Biarpun sebenarnya cikgu yang mengajar itu tidak berdaya untuk mengajar kerana keadaan kelas yang begitu ramai, tetapi dia tetap dengan pendiriannya untuk melihat anak didiknya berjaya. Diajarnya satu persatu, perlahan-lahan supaya anak muridnya bisa menangkap apa yang ingin disampaikannya  pada hari itu. Daripada alunan suaranya yang merdu, semerdu burung berkicauan di langit hingga tekaknya kering, serak bagaikan katak yang sedang ber'ong-ong'. ~Subhanallah! Tabik cikgu! Sungguh! Diri ini pun begitu terharu dengan nilaiannya.~ Bisik hati seorang pembaca.

   Hingga tibalah pada hari berikutnya, Huruf K ke huruf H ke huruf A ke huruf M ke huruf I ke huruf S, ya Allah, merupakan hari yang sangat mengejutkan. Umpama istilah dalam Bahasa Inggeris, "SUPRISE!" Yang mengejutkan itu bukanlah apa. Hanyalah sahabat-sahabat lama yang telahpun meninggalkan Sekolah Taman Islam ini hadir dan menuntut ilmu bersama. Tapi tak pastilah sama ada mereka benar-benar menuntut atau hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Jadinya, sudah tentu kelas tambahan menjadi semakin ramai dan bertambah meriah - kecoh. (heheh~) Tambahan lagi, pada hari itu mereka belajar matapelajaran Bahasa Arab, sudahlah gurunya mengajar laju, sepantas kuda berlari tapi tidaklah sepantas sambaran kilat. Lalu, tenggelamlah segala ilmu dan alunan suara guru itu dari halwa telinga pelajar-pelajar di situ. Hinggalah tiba-tiba, "Awak nak jadi guru ke saya yang jadi guru? Kalau awak bercakap dan saya pun bercakap, siapa yang nak dengar? Awak nak tahu tak, saya sanggup tinggalkan segala urusan peribadi saya semata-mata hendak mengajar awak semua hari ini. Kalau beginilah jadinya, saya tahu saya  nak saja pulang ke rumah. Saya rasa lagi tenang. Lagi aman." ~ Sampainya hati anak murid buat guru mereka seperti itu. Saya pasti, mesti hati guru itu terguris bagai dihiris dengan keris. Ouc! Panahnya!~ Bisik lagi hati pembaca itu.

   Kemudian, semua pelajar pun terdiam. Membisu tidak mampu berkata apa-apa. Yalah, sudah terkena, siapalah yang berani berbicara. Membisu sajalah. Dengan penuh kesabarannya, ustaz itu pun sambung semula pengajarannya pada hari itu. Pada sesi kelas yang kedua, pada hari yang sama, ustaz ini banyak bercerita dan banyak info-info yang disampaikan membuatkan pelajar-pelajar ini tertarik untuk mendengarnya. Tetapi, tak pastilah sama ada mereka benar-benar tertarik ataupun tidak. harap-harap, begitulah. Antara info yang paling menarik ialah tentang pemuda masa kini. Ustaz itu berkata dalam syarahannya," sekarang ini ramai benar pelajar wanita yang berebut-rebut hendak masuk ke Universiti Al-Azhar, Mesir kerana ramai yang bijak-bijak dan mumtaz". Dengan penuh kesungguhan ustaz itu bercerita dengan gaya-gayanya sekali. Kemudian, ustaz itu bercerita lagi, "tetapi, apabila melihat dibahagian lelaki, yang mumtaz ada?... Ha? Tiada? Jayyid Jiddan ada? Masih ada, tapi sedikit. Jayyid,jayyid? Ada juga tapi tidaklah ramai dan akhirnya terpaksalah juga dibuka permohonan itu untuk perempuan". dan ustaz itu sambung lagi "sekarang ini golongan lelaki kelihatan lemah. Lihatlah dari segi perjuangan ilmunya, ramai pelajar perempuan yang ambil bahagiannya. Lagipun, ramai kaum adam yang maju dalam sebuah industri di Pusat Serenti. Hai.. ". ~ Aduh! Sedihnya! Mana perginya kegagahan syabab-syabab seperti dahulu? Di manakah perjuangan-perjuangan mereka? Adakah sudah menghilang? Ke manakah ia pergi? ~ Bisik hati pembaca itu lagi. Terasa ingin mengatakan sesuatu tetapi, apakan daya.. tidak kesampaian dan hanya mampu tersimpan di kalbu.

  hmm.. Begitulah ceritanya..

   -Aik?! Dah habis rupanya.

Saya harap, dengan kisah ini dapat diambil perhatian dan perlu difikirkan. Maaf, jika dengan cerita ini ada yang tersinggung atau ada kekurangan. Kisah ini tidaklah dikaitkan dengan sesiapa tetapi hanya dijadikan contoh buat teladan.

qalilul kalam:
~ Hormati dia selalu..oh guru.. dengarlah dia selalu..oh nasihat..
~ Ayuha syabab! Bangkitkan perjuanganmu! Buat Islam yang satu!

Bak kata ustaz saya di sekolah, untuk cabaran dunia ini kita kena- Jaga....jaga.

syukranalaikum wa assalamualaikum.. ^_~

Friday 9 March 2012

blog dan facebook?




bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

subhanallah... alhamdulillah, bersyukur sekali kerana masih dikurniakan kaki untuk melangkah, dikurniakan tangan untuk menaip, dikurniakan mata untuk melihat, dikurniakan akal untuk berfikir, dikurniakan telinga untuk mendengar dikurniakan nyawa untuk hidup dan dikurniakan hati untuk iman. Alhamudlillah.. sekian lama saya tidak melakar di papan blog ini. Kerinduan bermadah bermain-main di hati sepanjang di asrama. Sampai nak bercerita dengan sahabat pun berpuisi. Ceewah! Terasa laman ini memanggil-manggil untuk diisi.

   Salam perkhabaran buat antum yang sudi membaca laman yang tidak seberapa hebat ini. Alhamdulillah.. selagi antum dapat membaca apa yang terlakar di laman blog ini, bersyukurlah kepada Pencipta kalian sebab Dia dah bagi satu kurnia yang cukup istimewa buat kita semua. Saya harap antum semua masih kekal dengan sebuah keimanan. InsyaAllah bertambah...

   Baiklah, apa topik yang ingin dibicarakan hari ini? Hmm.. terbayang-bayang wajah sahabat. Terfikir-fikir tulisan ayat. Ketak,ketuk,ketak,ketuk..

Ha! Alhamdulillah.. hari ini nak bicara tentang blog dan facebook. Blog? Facebook? Kenapa dengan blog dan facebook? Ya... ini yang sedang hangat difikir-fikirkan. Berlegar-legar di kepala memikirkannya.

   Suatu hari ada seorang sahabat bertanya:

Rina: Mana pergi facebook awak? Dah lama tak nampak awak online sekarang ni.

Yatt: Heheh.. macam mana nak ada facebook, dah tak ada akaun memanglah tak boleh nak buka. Apalah.

Rina: Aik?! Bukan ke awak ada facebook sebelum ni? Awak ni main-mainlah..

Yatt: Relaks lah sis.. mana ada main-main. Betul-betul. Dulu memang ada akaun facebook, tapi sekarang  dah tak lagi. Dah dideactive.

Rina: Oooohhhh.. Tapi, kenapa ya? Kalau begitu, bagaimana nak berhubung?

Yatt: Sebab.... facebook ni membuatkan saya lalailah... Kejap-kejap mata ni mesti nak tengok komputer. Tu yang saya off terus. Senang cerita. Alhamdulillah... Ha, kalau nak berhubung, saya ada laman blog. Kalau ada masa, singgahlah ya. lovebeautifulislam.blogspot.com. Nanti komen saja. InsyaAllah terbalas. hehe..

Rina: Awak pun ada laman blog? Wah! Awak buat laman blog buat apa je? Tulis diari ya?

Yatt: Haha. Awak ni kelakarlah Rina. Tidak semestinya kita adakan blog ini hanya untuk diari. Lagipun saya buat laman blog, ada misi yang tersendiri.

Rina: Wah! Misi? Macam best saja bunyinya. Habis tu, awak buat apa dengan blog tu?

Yatt: Hehe.. tak tahulah best ke tidak. (mata ke atas, bibir mencebik) Sebab orang lain yang baca. Kalau nak tahu, singgahlah dulu. Baru tahu. Ceeewah.. (promote) hehehe..

Rina: Yalah-yalah. InsyaAllah...

.....................
 Sebenarnya, saya nak adakan laman blog ini adalah untuk share dengan orang ramai betapa indahnya Islam ini dan misi laman blog lovebautifulislam mestilah menjadi salah satu rahsia dalam kehidupan saya. Jadi, nak adakan laman blog ini. mestilah ada tujuannya dan bergantung kepada niat seseorang itu. Lagipun masing-masing mempunyai pendapat masing-masing. Begitu juga pandangan saya tentang facebook. Bagi saya, saya mudah sekali leka dengan facebook, namun ada sesetengah yang lain mengatakan tidak kerana mungkin mereka bijak dapat mengawalkan diri dan masa.Tapi, tak apa.. saya akan cuba untuk belajar mengawal masa dalam menggunakan facebook. (smile)

qalilul kalam:
 ~ Teringat daku pada kalimah Nabi:

 إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. 
syukranalaikum wa assalamualaikum.. ^_~