![]() |
Hei! Duit! Duit! Bak sini duit!!! Hahahaha... |
assalamualaikum w.b.t
Alhamudlillah.. rasanya dah lama sungguh tidak memanahkan mata di hadapan papan skrin ini. Agaknya apa khabarlah ya karya-karya dalam blog ni. hmmm... klik, klik,klik, punya kllik.. alhamdulillah.. semua baik-baik belaka... heee.. ha, tidak lupa juga buat antum semua... salam perkhabaran dan salam kasih iman.. Apa khabar iman di hati? Yazid ke yanqus (bertambah ke berkurang)? Harap-harap semakin yazid lah ya.. InsyaAllah..
Hmm.... muhasabah,muhasabah dan muhasabah... dah tua rupanuya nadiah ni.. heheh.. tidak ku sangka diriku ini telahpun berusia 17 tahun. Tapi, rasanya seperti baru berusia 16 tahun.. heheh.. konon perasan mudalah ni..
Semakin hari semakin banyak pula perkara yang perlu dilakukan... Fuh! Lebih-lebih lagi tahun ni nak kena ambil Sijil Penentu Masadepan.. (SPM) Harap-harap kejayaan yang diidamkan dapat dikecapi.. insyaAllah.. para pembaca semua doakanlah saya hadapi perjuangan ini ya! Harap doanya.. ^_^ -Terima kasih...
Ha, cerita punya cerita fasal Sijil Penentu Masadepan ini kan, amatlah sesuai untuk dikaitkan dengan tajuk kita pada hari ini... -Eh, apa kaitannya dengan D.U.I.T?- Yeah! Timbul persoalannya di situ.
Mengimbau kembali kenangan silam bersama cikgu-cikgu di sekolah rendah saya (SRIP).. ceeewah!.. heheh, mereka selalu ingatkan pelajar-pelajarnya untuk berDUIT setiap kali periksa.. -Ish! tak fahamlah saya..Cuba terangkan apa itu DUIT?- Persoalan demi persoalan timbul....
Ya! Kalau antum semua nak tahu, sebenarnya D.U.I.T ini tidaklah hanya berupa material sahaja seperti wang yang selalu antum semua lihat. Tetapi, D.U.I.T ini juga terdapat dalam berntuk rahsia rohani kita.. -Subhanallah!!Macam mana tu?- Ha, begini ceritanya~
D- Doa
U- Usaha
I- Istiqamah
T- Tawakal
Ha, itulah sebenarnya yang dimaksudkan....
Cikgu saya kata, jika anak-anak semua amalkan D.U.I.T insyaAllah boleh berjaya!
Jadi, kalau nak berjaya, silalah mencuba ya! Nanti lihatlah hasilnya!
qalilul kalam:
~ Selamat mencuba tips di atas ya! ^_^
syukranalaikum wa assalamualaikum.. ^_^
No comments:
Post a Comment